Friday, May 20, 2011

Ingatlah Wahai Diri

Wahai diri,

di setiap hari-hariku,

Dia mengingatkan engkau akan kewajipanmu,

Dia mengingatkan engkau akan Dia Tuhan Yang Satu, 

dan Dia mengingatkan engkau akan kelemahanmu yang 

patut kau kawal selalu..

adakah engkau gembira kerana Dia mengingatkan engkau 

pada perkara-perkara itu?

atau mungkin sebaliknya hingga terbeban di benakmu?

Ingtlah wahai diri, 

engkau pasti akan pergi tinggalkan dirimu sendiri, 

berpecah antara jasad dan rohani,

 menghadap Sang Rabbul'Izzatti,

maka kuatlah wahai diri..

kerana meninggalkan Dunia itu pasti,

dan kehidupan Akhirat itu terjadi tanpa infiniti.

Apakah engkau mahu, 

hidupmu di Akhirat nanti selamanya tersiksa?

Sedangkan Dunia hanya untuk seketika..

Ingatlah wahai diri,

engkau harus kuat mengharungi Duniawi..

Thursday, May 19, 2011

Jeffrey Lang





Kekuasaan Allah ~ Dia seorang yang pernah menganuti Christian (Roman Chatolic), kemudian berpindah sebagai Atheis (menafikan semua Agama yang ada), dan akhirnya memasuki Islam selepas membuat kajian mengenai isi Al Quran. MasyaAllah.. Pada permulaanya, apabila ada seorang hamba Allah telah menghadiahkannya senaskhah Al Quran, dia berkata "aku akan mengkaji kontradiksi dan di mana silapnya Al Quran." Kemudian dengan Izin Allah, bukan kontradiksi dan kesilapan yang ditemui dalam isi Al Quran tetapi sebaliknya dia menemui 'Penyelesaian/Solusi' (solution). Itulah yang menjadi asbab (bukti Kebesaran Allah) yang membawa dia bertukar kepada Agama Islam. WallahuA'lam..

saya sertakan pautan di atas untuk membaca sedikit sebanyak tentang beliau..


Wednesday, May 18, 2011

Sunday, May 1, 2011

Puisi Musik Cinta - Zehra Zoila


Detak degup jantung
nampaknya memainkan irama
cinta yang bergenrekan nafsu..

Bagaimanakah untuk menukarkan
ia dalam bentuk
genre yang lebih tulus bunyinya?

Genre musik cinta itu
seharusnya mengalunkan irama
Cinta Illahi melalui
kalimah Laailahaillallah...

Bukan mudah menukarkan
melodi hati yang bising berbunyi
dambakan cinta Duniawi...

Kerana fitrahnya manusia 
sudah tertulis itu...

Maka sampai saatnya
memperbaiki vokal yang mantap 
dalam beragama...

Agar semuanya terkawal dan seirama...

Hatinya...
Akalnya...
Amalanya...
Menuju Cinta yang Satu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...