Wahai diri,
di setiap hari-hariku,
Dia mengingatkan engkau akan kewajipanmu,
Dia mengingatkan engkau akan Dia Tuhan Yang Satu,
dan Dia mengingatkan engkau akan kelemahanmu yang
patut kau kawal selalu..
adakah engkau gembira kerana Dia mengingatkan engkau
pada perkara-perkara itu?
atau mungkin sebaliknya hingga terbeban di benakmu?
Ingtlah wahai diri,
engkau pasti akan pergi tinggalkan dirimu sendiri,
berpecah antara jasad dan rohani,
menghadap Sang Rabbul'Izzatti,
maka kuatlah wahai diri..
kerana meninggalkan Dunia itu pasti,
dan kehidupan Akhirat itu terjadi tanpa infiniti.
Apakah engkau mahu,
hidupmu di Akhirat nanti selamanya tersiksa?
Sedangkan Dunia hanya untuk seketika..
Ingatlah wahai diri,
engkau harus kuat mengharungi Duniawi..


like this !
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tq! :)
ReplyDelete