Apa yang saya nak kongsikan kali ini adalah tentang pakaian seorang Muslimah, cantik walau tidak menarik (dalam ertikata lain dengan gaya moden, seksi dan memukau setiap mata yang memandang). Sentiasalah kita ingat pada kata2 ini, seindah-indah hiasan Dunia adalah wanita Solehah. Apa yang ada pada seorang wanita Solehah sehinggakan ia menjadi perumpamaan hiasan terindah di Dunia? Apakah yang diperjuangkan oleh seorang wanita Solehah? Pelbagai jenis fesyen yang ranggi, hebat, dan cantik, sangat meruntun jiwa wanita yang memiliki 9 nafsu.. Bolehkah kita mengharungi semua itu dengan bersabar demi meraih kebahagiaan di Akhirat?..sedang Akhirat itu sifatnya hakiki dan abadi..
Pakaian itu salah 1 perkara penting yang harus dipelihara oleh seorang Muslimah yang Solehah. Islam menetapkan garis panduan berpakaian yang sempurna dan sungguh berhikmah. Dari situlah terpeliharanya maruah dan harga diri seorang Muslimah. Bukanlah semestinya kita menetapkan diri kita sebagai yang baik-baik bila berpakaian yang disarankan oleh Agama Islam (bagi elakkan riak berfikirlah begitu), tetapi itu adalah perkara yang dituntut, maka pasti ada hikmah disebalik amalan yang ditegaskan oleh Allah.
Kenapa Allah melarang kita mendedahkan aurat? terutama sekali wanita.. sehinggakan wanita hanya dibenarkan mendedahkan bahagian wajah dan pergelangan tangan hingga ke hujung jari jemari sahaja. Adakah ia kerana wanita itu makhluk jahat?.. Adakah wanita itu kejadian yang buruk?.. Tidak sama sekali ! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui segala perkara yang ada di seluruh Alam.. Masakan Allah menetapkan sesuatu perkara yang memburukkan lagi keadaan hamba Nya???... Betapa Allah sayangkan hamba Nya yang bernama Wanita, makanya ditetapkan cara berpakaian yang sopan dan 'selamat', agar hambaNya itu TERPELIHARA TUBUHNYA, HATINYA, AKALNYA, dan ROHANINYA. Subhanallah.. Tidakkah kita berfikir? Lebih 50 kali dalam Al Quran, Allah telah menyeru hamba2Nya agar BERFIKIR.. maka fikirkanlah..
Firman Allah dalam surah An Nur, ayat 31 ; "..dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala, dan jangan memperlihatkan perhiasan tubuh.." Maha Benar Kata2 Allah. Jelas di situ Allah menyeru hamba Nya yang bernama Wanita agar menutup kepala dengan tudung dan sembunyikanlah perhiasan tubuh iaitu 'tut' di bahagian dada, jangan di perlihatkan oleh lelaki yang bukan muhrim. Ada juga sesetengah ulamak berpendapat, gaya wanita bertudung zaman sekarang yang memasukkan tudung ke dalam baju, lantas kolar baju didedahkan, adalah tidak boleh. Secara jelasnya, kita tahu daripada firman Allah di atas, bahgian kepala sehingga dada adalah wajib baginya ditutup rapi sehingga tidak nampak jelas bentuk perhiasan tubuh wanita itu. Maka fikirlah, apakah gaya tudung yang sepatutnya dipakai oleh seorang Muslimah?.. Tidak salah berfesyen, asalkan saja ia masih memelihara etika berpakaian yang ditetapkan oleh Islam. Pilihlah jalan mana yang anda ingin telusuri... jalan ke Syurga atau Neraka? jalan yang diRedhai atau diMurkai?..
Adakah kita ingin mengikut gaya orang2 bukan Islam, cantik, bergaya, ranggi, tetapi terdedah sana sini dipertontonkan semua lelaki?.. Sedangkan Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia tergolong dalam golongan itu.” (Abu Daud dan Ibnu Hibban). Sudah tentu kita tidak mahu tergolong di kalangan orang2 kafir, sesat dan dimurkai Allah, jika kita ikuti mereka pada perkara yang tak sepatutnya dalam Islam, samalah kita menempah tiket ke Neraka. Na'uzubillah.
![]() |
| sekadar hiasan. |
Seterusnya, adakah kita mengakui bahwa kita berAgama Islam (tidak kafir), tetapi kita menggayakan tudung seperti ini?...
![]() |
| sekadar hiasan. |
![]() |
| sekadar hiasan. |
Lagi, kita ada pengetahuan tentang cara berpakaian seorang Muslimah, tetapi kita masih belum lagi mahu mengikuti ia sepenuhnya seperti gambar di bawah?
Tambah lagi, mungkin juga kita masih belum faham bagaimanakah gaya pemakaian tudung yang sebenar, beginilah jadinya. Memang cantik, tapi.. Bolehkah menampakkan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta?..
![]() |
| sekadar hiasan. |
Hayatilah hadis2 ini,
Rasulullah bersabda;
“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” hadis riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah bersabda;
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” hadis riwayat Muslim. Hadith no 212.

Selayaknya kita muhasabah diri dan menilai cara hidup kita adakah kita mengikuti apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang?
Pilihlah yang mana anda ingin gayakan...
begini?
begini??
atau begini??
Islam tidak memberatkan ummatNya untuk menunaikan sesuatu yang disuruh. Dan Islam sentiasa menerapkan nilai2 kesederhanaan (wasatiyah) dalam banyak perkara. Pilihlah gaya yang sederhana, bersih (kebersihan itu sebahagian daripada iman) dan yang tidak terlalu membebankan diri, selain mengikut kesesuaian tempat iaitu pakaian di tempat kerja, di rumah, di tempat riadah dan sebagainya. Wanita Solehah itu, memiliki peribadi Muslimah yang baik sebagai cerminan Agama Islam yang syumul (sempurna), maka wanita Solehah itu walaupun moden dan up-to-date tetapi masih memelihara aurat dan akhlaknya.
Lihat pada gambar dibawah, ada sedikit info yang saya dapatkan dari blog Ustaz Zahazan. Klik Gambar ;
Hikmah yang saya sendiri nampak secara peribadinya, apabila menjaga aurat wanita itu, terpeliharalah TUBUHNYA, HATINYA, AKALNYA, dan ROHANINYA.
TUBUHNYA : Cuba kita buat perbandingan, makanan yang tertutup dengan yang terdedah.. yang mana lebih elok dan selamat dimakan? Bagaiman pula dengan tubuh manusia? Yang lebih banyak terdedah itu lebih banyak masalahnya. Malah, lebih jelas sebagai contoh, apabila terdedah dengan sinar UV yang berlebihan pada permukaan kulit akan memudaratkan si pemilik tubuh, iaitu menyebabkan pelbagai jenis kerosakan dan penyakit kulit seperti, kulit bertekstur kasar, tumbuh kemerah-merahan, pigmentasi tak teratur, berkedut, dan lebih teruk lagi KANSER KULIT. Jadi, apabila kita menutup aurat, sebahagian besar tubuh kita terlindung daripada cahaya UV yang berbahaya itu. Tambahan lagi, kita berjaya menyekat dan menghindarkan kekotoran Dunia, fitnah, dan api neraka yang membakar tubuh2 yang mendedahkan aurat. Allah sangat sayangkan hamba Nya!
HATINYA : Apabila kita menjalankan kewajipan menutup aurat dengan bersungguh-sungguh, kita buat atas dasar ingatan kita terhadap Allah (nawaitulillahitaala), maka hati kita kan bertambah tenang, dan langkah kita juga bertambah yakin. Allah telah berfirman; "Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (al-Ra`d , ayat 28) . Sesungguhnya apabila kita melakukan sesuatu itu kerana ingatan kita terhadap Allah, maka itu juga merupakan Zikrullah, yang mana amalan2 dilakukan ke arah menguatkan hubungan dengan Nya (berdasarkan tafsiran Ibnu Asyur).
AKALNYA : Apabila seorang hamba itu menjalankan suruhan Allah, dengan niat kerana Allah, membuahkan hasil hati yang tenang, maka selalunya apabila kita tenang, akal lebih cenderung berfikiran positif dan kita mampu menyelesaikan masalah dengan lebih mudah, keyakinan diri mula bertambah dan menyebabkan terpancarnya keceriaan pada perwatakan kita (dengan Izin Nya). Fikiran kita umpama air di dalam perigi, apabila kita lihat bayangan di permukaan air perigi yang berkocak, tidak jelas kelihatan bayangan itu, tetapi apabila kita melihat ke permukaan air perigi yang tenang, kita dapat melihat bayangan di permukaan air dengan jelas!
ROHANINYA : Sudah tentu rohani yang baik itu terhasil daripada amalan yang baik, akal yang berfikiran positif/baik, dan badan yang sihat (kerana lebih berupaya mempertingkatkan amal ibadat). Jadi jelas, ia penuh dengan HIKMAH. Subhannallah...
WallahuA'lam.. Kita sama2 perbaiki apa yang kurang pada diri selama nyawa masih dikandung badan..InsyaAllah.. :)
Lihat pada gambar dibawah, ada sedikit info yang saya dapatkan dari blog Ustaz Zahazan. Klik Gambar ;
![]() |
| klik pada gambar untuk besarkan gambar. |

Terpulang kepada anda yang membaca hasil nukilan saya ini, semua terhasil atas dasar Mahabbah (kasih sayang). Semoga kita sama2 belajar dan memperbaiki diri. Sekiranya ada yang salah, tolong betulkan, kalau ada yang terkurang, tolong tambahkan... :) <3

No comments:
Post a Comment