Sekarang aku berada dalam lingkungan zon mencari kepastian cinta. Mungkin pada coretan permulaan cinta- Zehra Zoila yang lalu, ramai dikalangan saudara2ku tidak memahami apakah perkara yang hendak aku kongsikan. Hakikat yang semakin jelas dalam mindaku ialah seorang wanita itu mencintai lelakinya kerana dia memerlukan perlindungan, mendambakan kasih sayang dan demi mengisi kekosongan hidupnya dengan kebahgiaan.
Namun begitu, aku kecewa, apabila aku mendapati, kecintaan yang melampau terhadap lelaki itu sebenarnya membawa penderitaan bagi wanita. Jiwanya menderita, kerana kurangnya mengingati Allah, walaupun dia merasakan dirinya bahagia, hakikatnya tidak.. Jika ditelusuri ke alam rohaninya.
Itukah cinta, dan betulkah cinta kepada seorang wanita/lelaki perlu melakukan segala apa yang diinginkan, termasuk menggadaikan MARUAH diri? Itu BUKAN CINTA! Kerana mereka hanyut dalam buaian asmara cinta mereka yang bersulam nafsu durjana, silalah mempersiapkan diri ke Neraka (minta dijauhkan saudara2ku)..
Di akhir coretan cinta Zehra Zoila nanti, aku akan kongsikan apa yang sepatutnya dan yang tidak sepatutnya dalam perhubungan percintaan serta banyak lagilah (panjang sikit). Harap, aku dapat petunjuk daripada Nya agar dapat dikongsikan bersama saudara2ku yang aku kasihi... Agar sama2 kita terpelihara daripada trend masakini yang dipanggil 'TAQRABU Al-ZINA' yang mengajak manusia berjinak2 dengan zina dalam cara yang paling halus.. InsyaAllah.. :) ~ <3


No comments:
Post a Comment