Sunday, June 12, 2011

Sayangnya Rasulullah kepada ummatnya...


Ingin sekali aku kongsikan tentang ini, sayangnya Rasulullah kepada ummatnya.. Mungkin saja ada yang sudah tahu, mungkin juga ada yang sedang mencari2 apakah lagi yang istimewanya tentang Kekasih Allah ini...


Dahulu aku pernah tertanya2..kenapa kita perlu sayangi Rasulullah lebih dari yang lain?.. Betapa sulit untuk memahami ia..kerana hanya sekadar mengenali Baginda dalam buku Sirah semasa sekolah dulu. Bila naluri ini mendesak untuk tahu, Allah telah membantuku dalam mencari jawapan. Alhamdulillah..Allah maha Mengetahui segala2nya. Banyak hadis dan ayat2 Allah yang membuktikan dalamnya cinta Rasulullah terhadap ummatnya. MasyaAllah..sukar untuk digambarkan tingginya nilai cinta Rasulullah terhadap ummatnya.Ia terlalu tulus..tiada pada manusia yang lainya..

Cubalah hayati.. Ada hadis yang meriwayatkan, semasa Rasulullah sedang menghadapi sakaratulmaut.. dibibir Baginda tidak lekang dari menyebut 1 nama ni..
Baginda menyebut dalam kerisauan yang tidak boleh digambarkan dengan kata2..
Diulang2 nama itu..
ummati..ummati..ummati..
para sahabat yang melihat tidak dapat menahan sebak dan ada yang menitiskan air mata...
Betapa sayangnya Baginda pada ummatnya...

Hayati video yang aku temui di youtube ni.. sebagai renungan kita bersama.. Betapa dalamnya cinta Rasulullah terhadap ummatnya...



Dan bagaimana pula kita??
Adakah kita turut mencintai Baginda?..
Marilah sama2 melafazkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.

AsSalammualaikum...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...