Tuesday, June 7, 2011

~Antara Pelukis dan Seorang Hamba~

link gambar hiasan
Alhamdulillah, aku terpanggil untuk berkongsi serba sedikit tentang diri ni.. Mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan pedoman pada saudara2 yang lain..InsyaAllah. 
Aku adalah Alumni UiTM yang dilahirkan untuk menjadi seorang pelukis. Alhamdulillah, memiliki Ijazah Sarjana Muda (kep.) Seni Halus, Fakulti Senilukis & Senireka, di UiTM Shah Alam hampir 3thn yang lalu..


Aku bukanla pandai sangat melukis..tapi aku minat melukis daripada kecik lagi. :)  Aku cintakan dunia senilukis dan aku cintakan warna. Tapi.. aku sedar, perasaan tu tak boleh dibawa sampai mati. Aku tak mungkin boleh menyanggah keutamaan Allah dalam kehidupan ini. Itulah yang menyebabkan episod seorang pelukis seperti aku terhenti beberapa tahun yang lalu..demi mencari redha Nya. InsyaAllah, apabila aku dapat kuasai ilmu tentang Islamic Art dan Islamic Conceptual Art, aku akan teruskan telusuri dunia Seni kembali..InsyaAllah.. :)


Aku terikat dengan keluarga yang memerlukan aku. Aku juga tak dapat teruskan hidup seorang diri sebagai seorang pelukis wanita di kota metropolitan (Kuala Lumpur) kerana tidak diizinkan oleh orang tuaku.. Memang ramai rakan2ku yang sudah naik nama mereka di Kuala Lumpur sebagai seniman. Mereka menempah nama melalui pameran2 besar, malah ada yang sudah memiliki pameran solo. Aku?? hihi..memang tak de pencapaian apa2 setakat ini.. Memalukan juga. Orang akan kate macam2, buat apa dengan Ijazah kau tu? frame kat rumah ker?..haha..ketawa sendiri aku bila fikirkan semua tu..nak sedih pun tak boleh..nak gembira? nanti orang kate aku gila pulak. Aku terima jer apa orang nak kata.. :)


Mengimbau kembali saat aku mula nak naik sebagai seorang pelukis semasa aku terlibat sebagai Gallery Helper untuk 1 pameran besar di Johor Bharu (Iskandar Malaysia Contemporary Artshow). Itu adalah tugas pertamaku yang aku dapat sejurus saja tamat pengajian di UiTM dahulu. Alhamdulillah, aku dapat peluang dan rezki yang tidak disangka2. Potret aku ditempah dengan banyak, dalam masa yang sama aku juga terlibat dalam pameran tersebut, kemudian dapat juga ditemuramah oleh wartawan TV1. Itu merupakan antara kenangan yang indah dalam hidup ni. Walaupun, sekarang ni aku tak de apa2, tapi sekurang2nya, Allah kurniakan aku saat seperti itu dalam hidup aku 1 ketika dahulu..Alhamdulillah kerana pernah rasa dikenali dan karya diminati.. :)


Memang keje aku di kampung sahaja sekarang, aku hanya dapat melihat dari jauh perjalanan dunia seni di Malaysia. Rasa suka bila melihat rakan2 berjaya di sana. Aku tak mahu fikir apakah yang akan terjadi pada diri aku di masa akan datang, sebab aku sedang usahakan masakini aku. Masih lingkup lagi..aish! Aku harap dalaman aku tidak rapuh..aku berharap aku tidak berputus asa dari Rahmat Allah. InsyaAllah.. :)


Kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku ingin kongsikan dengan yang lain. Aku sebolehnya tidak mahu lagi menghasilkan karya2 seperti di bawah. Mungkin dalam nukilan yang lain aku akan terangkan kenapa aku tidak memilih genre atau gaya lukisan seperti itu. Ia melibatkan kajian ilmu2 falsafah dan psikologi yang tidak bersandarkan Islam (dipengaruhi idealisme2 Barat). Menolak beberapa perkara penting dalam Agama Allah. Aku ingin menjadi seorang pelukis yang memilih jalan dakwah dalam berkarya. Gambar karya yang terakhir tu sudah dipengaruhi nilai2 keIslaman. Tetapi, aku tidak mahu menghasilkan karya yang terlalu menonjolkan sifat manusiawi. Aku nak hasilkan karya yang lebih mengAgungkan sifat Allah iaitu dengan jalan mentauhidkan Allah dalam karyaku. Hati aku benar2 tertaut untuk menggiatkan diri dalam jalan dakwah, untuk menyambung lembaran sunnatullah, demi memungut sedikit demi sedikit redha dan rahmat Allah. Semoga impianku bisa menjadi kenyataan. InsyaAllah.. :)



First time aku belajar buat potret, Alhamdulillah, dengan Ehsannya Allah memberikan aku upaya untuk hasilkan lukisan ni. (drawing on paper, medium soft pastels.)

Project Final Sem, 4 artworks, (conceptual / berkonsepsi). Terikat dengan kajian aku masa tu.

Dengan Izin Allah, lukisan ni la yang mula buat orang suka artwork aku di Iskandar Malaysia Contemporary Artshow. (2009) Lepas buat artwork gaya macamni, ramai gak yang minta aku buatkan potret2 seperti dalam gambar tu. MasyaAllah..rasa seronok sangat..Allah berikan aku rasa saat2 yang bahgia saperti waktu tu.. : )
                                             

Lukisan ni aku tak sempat nak ambil di Galeri Seni Johor selepas pameran terbuka akhir 2009,  dah jadi  hakmilik Jabatan Kebudayaan dan Warisan Johor. :(






Alhamdulillah, sekian saja perkongsian aku buat mase ni.. :)
lain kali aku terangkan kenapa aku tidak memilih karya2 di atas, sekiranya aku ingin bergiat lagi dalam dunia seni 1 hari nanti. Aku harap, siapa pun yang membaca nukilanku ini, dapat sama2 doakan aku untuk teruskan perjalananku sebagai insan yang berguna kepada masyarakat dan Agamaku..InsyaAllah.

AsSalamualaikum..

4 comments:

  1. insyaAllah,semoga terus berada dalam jalan-Nya..
    btw,cantik lukisan potret 3D tu..tp agak spooky sikit sbb gmbr kepala je..

    ReplyDelete
  2. Mask_man07, InsyaAllah.. :) Alhamdulillah..terima kasih. a'a..kalau awk pegi ke pameran seni, banyak karya spooky yg awk akn jumpe..hehe. tu contemporary portrait..saya buat berkenaan isu komunikasi(social psychology)..tu sebab muka bentuk cam topeng jer..manusia zaman sekarang, wajah mereka sendiri adalah topeng, mereka boleh pasang n tanggalkan wajah mereka..lagi2 dalam dunia maya.. :)

    ReplyDelete
  3. wah2 sangat teruja melihat hasil karya kamu mira...u are the best my dear fren♥

    ReplyDelete
  4. Waa..MasyaAllah..Alhamdulillah..hihi.tq my fren! =) <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...